Tuesday 5 March 2013

Karlos vs Juvana

KARLOS DAN JUVANA - masing2 mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan GEMPAK.. mane satu yang BEST di TONTON????? 

KARLOS

Karlos lakonan Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Elmy Moin, Sherie Merlis, Leez dan ramai lagi. Karya terbaru sutradara Feroz Kader bersama penulis skrip, Sofia J Rhyland.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKkPZCg1xhx-fXPan6VE1u0pGYeJwup_lglquOLz6MfcdOoTLqG5U30OtYN6JBJQo1syPJA8fS8TFxjWbths5EqELQZPXW3Jx7827lhIvEfeLKlgKK_W6WerjeV0rFBUqbdpK8Bkdtm8ft/s1600/554901_296876437106109_61232945_n.jpg
 Sinopsis Drama bersiri Karlos TV3
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.

Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan. (Sumber: Galaksi Media)
 

JUVANA
- Zahiril Adzim, Bront Palarae, Izreen Azminda
 


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang Daim, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak kerana dituduh membunuh ibu serta teman lelaki ibunya walaupun beliau mengaku tidak bersalah. Disana, Daim telah ditempatkan dengan beberapa pelajar yang sememangnya bermasalah dan suka mencari masalah. Ditambah pula dengan beberapa orang guru serta warden yang langsung tidak peduli tentang apapun yang terjadi terhadap Daim dan beberapa orang rakannya yang selalu dibelasah oleh kumpulan Botak yang boleh dikategorikan sebagai otai tempat tersebut. Jadi, bagaimanakah Daim menjalani kehidupan di pusat tersebut yang rata - rata penghuninya memang berkelakuan ganas dan samseng sedangkan Daim sebaliknya.

 

No comments:

Post a Comment