Thursday 7 March 2013

Lagi cerita baru, Salih Yaacob Tetap Bersara, Mahu Fokus Perniagaan


Semalam 7 MAC 2013 Kita digemparkan mengenai, Pelawak dan penyampai radio, Salih Yaacob, 52, untuk bersara dari dunia hiburan pada penghujung tahun ini. Ha....bia betol... ('0')...kurang la sowg artis yg serba lawak ni nnt kn....
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
 
NI adalah serba sikit mengenai kejadian yang berlaku. -Murai.com
Bukan di sebabkan,tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video berjudul Bangkang dari Longkang yang tersebar di laman Youtube sejak minggu lalu, tetapi Salih Yaacob berkata keputusan untuk bersara itu telah dibuat lama sejak beberapa tahun lalu.
"Insya Allah saya akan bersara pada penghujung tahun ini iaitu selepas kontrak saya tamat dengan radio Sinar FM. Namun semua itu ikut juga pada ketentuan dan perancangan Allah juga.
"Sebenarnya kalau hendak diikutkan, saya mahu bersara pada usia 50 tahun lalu. Maknanya kini target saya untuk berhenti sudah terlebih. Isu video berkenaan bukan alasan utama tetapi ia telah menguatkan lagi alasan saya untuk berhenti daripada dunia hiburan," katanya kepada murai.com.my selepas Sidang Media Konvensyen Tahunan 2012/13, di Saloma Bistro, petang semalam.
Di mane.....Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang.
Disebab kan daripada isu itu, Salih Yaacob dalam akhbar Utusan minggu lalu memberitahu bahawa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan.
SY bagitau keputusan untuk berhenti diambil lebih kepada untuk memberi tumpuan kepada keluarganya bersama 4 orang isteri setelah 33 tahun berada di dalam industri hiburan tanah air.
"Saya mengambil keputusan untuk bersara ini hanya untuk anak-anak. Kadang-kadang bila terlalu sibuk bekerja, membuatkan saya tidak sempat melihat anak-anak saya membesar.
"Sedar-sedar mereka kini sudah meningkat dewasa, dan saya sebenarnya sudah banyak tertinggal momen-momen indah bersama mereka. Lagipun saya berada di dalam industri ini bukan setahun dua. Rasanya sudah lama sangat dan saya akui memang sudah penat," jelasnya lagi.
Selepas bersara Salih Yacob memberitahu dia mahu menumpukan sepenuhnya dalam bidang perniagaan selain keluarga.
"Saya memang sudah bergerak dalam dunia pernigaan sejak dulu lagi iaitu perniagaan pembancuh kopi, SY Café dan penternakan ikan Arwana. Terbaru saya sedang berjinak-jinak dalam bidang pernigaan hartanah kerana saya rasa keuntungan dalam pernigaan ini sangat banyak dan akan meningkat di masa akan datang," tambahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru, Salih Yaacob akan mengendalikan Majlis Konvensyen Tahunan Hot Perfumes & Air Freshners Sdn Bhd (HPASB) yang akan berlangsung di Hotel Grand Bluewaves, Shah Alam, Selangor pada 22 Jun ini. Majlis itu akan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Adibah Noor serta sesi ceramah motivasi oleh Ustaz Haslin Baharin. - Murai.Com

No comments:

Post a Comment