"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Pada hari pernikahan Firash dan Syafa, Farish meninggal dunia. Datin
Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk
mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan
Raina, yang mana masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak
Datuk Fakhrul.).
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu
yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak
dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan dari pengetahuan
rakan-rakan kolej dan pejabat atas permintaan Firash. Namun dia reda
kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap
kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa
terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta
abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah
Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada
baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat
tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. –
Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
No comments:
Post a Comment