Saturday, 1 June 2013

jom buat samosa

Assalamualaikum......hai....lame x bukak blog rasenye........tetiba arini rajin lak.....
Arini sy nk share cm ne nk wt samosa yg sedap yumm2....

Mula2 nk buat msti la sedia kn kulit popia dulu n bancuhan tpung gandum(tok kelim) pastu mstu la inti nye...kt bwh ni adalah bhn2 buat inti......

Bahan2 tok buat inti :
-kacang pjg d'ptg kecil/dadu
-lobak merah/carrot d'ptg kecil/dadu
-bwg besar/bwg ptih d'hiris
-ayam/daging cincang
-daun kari
-rempah kari ayam
-minyak
-telur (klo nmpak berminyak sgt leh tmbh telur)
-garan,gula,aji

Cara memasak inti :
- panas kn myk, masukkan bwg besar/bwg ptih yg telah di hiris n daun kari sehingga kekuningan (ala2 masak kari tu)
-kemudian, masukkan rempah kari ayam/daging (msukkan air ckit bia bagi smpai pecah minyak)
-masokkan syur yg da dpotong dadu..bia bg lembut senag tok mkn nnt
-da lembut syur msuk kn ayam/dging cincang (gaul bagi rata)
-tambah garam,gula n aji sebagai perasa....xnj buh aji pon xpe..
-boleh tambah telur klo berminyak sgat..siap
-tapis bagi buang minyak yg berlebihan

Kalau inti da sejuk leh la mengelim samosa






Thursday, 9 May 2013

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

 
SINOPSIS NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA
Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad . Bermula dari satu perangkap yang dirancang oleh Raimy dan Raina, kisah cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang dipupuk sejak zaman universiti tidak kesampaian. Benarlah kata orang, cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada hubungan Syafa dan Farish, Farish bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Syafa lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka.
Sewaktu menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad. Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Farish yang terlewat sampai ke majlis tersebut terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. 
Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah bila diminta untuk bernikah dengan Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Pada hari pernikahan Firash dan Syafa, Farish meninggal dunia. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina, yang mana masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.).
 
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
 
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Sunday, 21 April 2013

Popia buatan sendiri....yummm...yummmm

Salam.....baru2 ni aku terase nak makan popia lak..hehehehehe.....ape lg beli bahan2 la....n buat.... (^,^)

bahan2 nyew
pastu masak tnpe minyak
kulit popia



sos untuk popia
goreng+siap di makan

Thursday, 11 April 2013

Drama Jodoh at Astro RIa

 Drama Jodaoh ni....mula2 tengok iklan die mcm biase je......tp bila da tengok...rase menanti2 cerita seterus nya.....cz gelagat yang bersahaja yg d lakonkan oleh Scha or OLly dlm drama ini mmg sempoi abis......xsabar2 nk tengok ending die....

 
Judul: Jodoh
Channel: Astro Ria
Mulai 4 Februari 2013
Tayangan: 9malam



Sinopsis: 

Azlan,lelaki rebutan dalam rancangan realiti Jodoh,dipaksa untuk untuk tidak menyingkirkan Olly(Scha) walaupun mereka saling tidak menyukai antara satu sama lain disebabkan undian peminat yang mahu dia bersama Olly. Azlan sebenarnya menyukai Katya.Banyak peristiwa lucu yang berlaku sepanjang program terbabit disebabkan keduanya asyik bertelagah. Olly cuba banyak cara untuk menyebabkan dirinya tersingkir,namun dia sentiasa terselamat.

pencari jodoh..Azlan

ni la gadis2 dalam jodoh
adakah mereka ni mmg d jodoh kn
bob...pengacara jodoh...

Tuesday, 9 April 2013

Mengundi

Hohohohohohoho.....first time untuk mengundi....da keluar tarikh nye.....

#parlimen da d bubarkan kini tiba lah masanya mengundi

Tarikh penamaan calon 20 april
tarikh mengundi awal 30 april 
tarikh mengundi pada 5 mei

Jom mengundi.....pilihlah pemimpin yang boleh memajukan negara dan memimpin negara kita dengan baik

Awak sume buat saya menangis

Terima kasih Nursyamirah for this given....i miss u all...so much

dari kiri cik nasya, cik mira, cik ain,cik fara, cik bee n cik cida sahabatku

Monday, 8 April 2013

9/10/11 april 2013 - aku konvo

Hati ini mula berasa sgt berkobar2 pabila mendapat surat dr POLISAS:
waa.....konvo sekali lg untuk "diploma ku"..... tp ape kn daya diri ini tidak dapat menghadirkn diri untuk menerima siji diploma ku yg selama 2thn ak belajar untuk mendapatkan nye......(ats sebb2 yg xdpt d elak kn)
hati ini terpakse tabah sewaktu membuat keputusan akan tidak menghadirikn diri. banyak perkara yang berlegar2 di pikiran sewakyu membuat keputusan...ada kalanya....ianya sangt menyakitkan hati....dan adakalanya smpai perkara yang d luar pikiran turut masuk kedalam hati yang mempunyai perasaan yg terpendam...... Ya Allah.... Jauh kan la diri ini drp sifat ini..... tak mampu kepala ini memikirkn lg perkara2 seperti ini.....

Kepada sahabat2 ku yg dpt menghadirkn diri utk konvo ini...semoge gembira,...tahniah daku ucap kn kpd kalian.... 

Friday, 8 March 2013

Keta ku kene ke klinik ni

Patut la ak bawak keta pg tadi ke bank rase lain mcm je time nk belok.....pastu siap ke TESCO bagai sampai la ke rumah (still wat dek je...x cek pon tayar keta).... balik abah ak dr keje die perasan....."angin tayar makin kurang ni".....abah suh ak p cek tayar kt manjung..dengan rase malas nye ak pon p la pas solat Zuhur
Pusat Servis Tayar Manjung
Sape owang manjung msti tau mat mane ni... :)
Mula2 abg ni bukak nat tayar
Pasti jack tayar bagi naik tok bawak tayar kuar
sesi mencari punca kebocoran
huh....ni sume paku ni punye pasal la
xsempat ambik pic abg ni msok kn tok tampal...tup tap da di tampal tayarnye
ni lak sesi cek same ada ad kebocoran lan ke x
da selesai di golek nye tayar tok di pasang kembali :)
taraaaaa.....Done
ak igt tampall tayar ni lame....rupe2 nye sat je....xsmpai 15 minit pon.. "it's Done".....eh blom lg.....xbayar lagi wit nye....igt mahal la upe2 nye RM6 je.... n back to home ... :)


Lahad Datu semakin dikenali sebagai tarikan pelancongan | Tempatan | News | News Mylaunchpad

Lahad Datu semakin dikenali sebagai tarikan pelancongan | Tempatan | News | News Mylaunchpad

Thursday, 7 March 2013

Lagi cerita baru, Salih Yaacob Tetap Bersara, Mahu Fokus Perniagaan


Semalam 7 MAC 2013 Kita digemparkan mengenai, Pelawak dan penyampai radio, Salih Yaacob, 52, untuk bersara dari dunia hiburan pada penghujung tahun ini. Ha....bia betol... ('0')...kurang la sowg artis yg serba lawak ni nnt kn....
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
 
NI adalah serba sikit mengenai kejadian yang berlaku. -Murai.com
Bukan di sebabkan,tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video berjudul Bangkang dari Longkang yang tersebar di laman Youtube sejak minggu lalu, tetapi Salih Yaacob berkata keputusan untuk bersara itu telah dibuat lama sejak beberapa tahun lalu.
"Insya Allah saya akan bersara pada penghujung tahun ini iaitu selepas kontrak saya tamat dengan radio Sinar FM. Namun semua itu ikut juga pada ketentuan dan perancangan Allah juga.
"Sebenarnya kalau hendak diikutkan, saya mahu bersara pada usia 50 tahun lalu. Maknanya kini target saya untuk berhenti sudah terlebih. Isu video berkenaan bukan alasan utama tetapi ia telah menguatkan lagi alasan saya untuk berhenti daripada dunia hiburan," katanya kepada murai.com.my selepas Sidang Media Konvensyen Tahunan 2012/13, di Saloma Bistro, petang semalam.
Di mane.....Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang.
Disebab kan daripada isu itu, Salih Yaacob dalam akhbar Utusan minggu lalu memberitahu bahawa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan.
SY bagitau keputusan untuk berhenti diambil lebih kepada untuk memberi tumpuan kepada keluarganya bersama 4 orang isteri setelah 33 tahun berada di dalam industri hiburan tanah air.
"Saya mengambil keputusan untuk bersara ini hanya untuk anak-anak. Kadang-kadang bila terlalu sibuk bekerja, membuatkan saya tidak sempat melihat anak-anak saya membesar.
"Sedar-sedar mereka kini sudah meningkat dewasa, dan saya sebenarnya sudah banyak tertinggal momen-momen indah bersama mereka. Lagipun saya berada di dalam industri ini bukan setahun dua. Rasanya sudah lama sangat dan saya akui memang sudah penat," jelasnya lagi.
Selepas bersara Salih Yacob memberitahu dia mahu menumpukan sepenuhnya dalam bidang perniagaan selain keluarga.
"Saya memang sudah bergerak dalam dunia pernigaan sejak dulu lagi iaitu perniagaan pembancuh kopi, SY Café dan penternakan ikan Arwana. Terbaru saya sedang berjinak-jinak dalam bidang pernigaan hartanah kerana saya rasa keuntungan dalam pernigaan ini sangat banyak dan akan meningkat di masa akan datang," tambahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru, Salih Yaacob akan mengendalikan Majlis Konvensyen Tahunan Hot Perfumes & Air Freshners Sdn Bhd (HPASB) yang akan berlangsung di Hotel Grand Bluewaves, Shah Alam, Selangor pada 22 Jun ini. Majlis itu akan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Adibah Noor serta sesi ceramah motivasi oleh Ustaz Haslin Baharin. - Murai.Com

Tuesday, 5 March 2013

Buah ape????? BINJAU???

Ha...(terkejeut seketika)... buah ape mak???? buah Binjau??? xpnh tgk n xpenah pon kakak dengar....

ish5....kadang2 kesian lak ak kt diri ak sendiri...banyak ulam2man ak xkenal...ish5
klo abah ak x beli kat pasar tani buah ni....gamak nye smpai ke mati ak x knl buah binjau ni....dgr2 buah ni selain namenye binjau ad yang panggil melinjau(gnetum gnemon)

gambar bawah ni la buah binjau yang ak maksud kn tu..... unik gak buah ni ak tgk..... tengak la kt tangkai die mcm bunge...



Karlos vs Juvana

KARLOS DAN JUVANA - masing2 mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan GEMPAK.. mane satu yang BEST di TONTON????? 

KARLOS

Karlos lakonan Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Elmy Moin, Sherie Merlis, Leez dan ramai lagi. Karya terbaru sutradara Feroz Kader bersama penulis skrip, Sofia J Rhyland.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKkPZCg1xhx-fXPan6VE1u0pGYeJwup_lglquOLz6MfcdOoTLqG5U30OtYN6JBJQo1syPJA8fS8TFxjWbths5EqELQZPXW3Jx7827lhIvEfeLKlgKK_W6WerjeV0rFBUqbdpK8Bkdtm8ft/s1600/554901_296876437106109_61232945_n.jpg
 Sinopsis Drama bersiri Karlos TV3
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.

Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan. (Sumber: Galaksi Media)
 

JUVANA
- Zahiril Adzim, Bront Palarae, Izreen Azminda
 


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang Daim, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak kerana dituduh membunuh ibu serta teman lelaki ibunya walaupun beliau mengaku tidak bersalah. Disana, Daim telah ditempatkan dengan beberapa pelajar yang sememangnya bermasalah dan suka mencari masalah. Ditambah pula dengan beberapa orang guru serta warden yang langsung tidak peduli tentang apapun yang terjadi terhadap Daim dan beberapa orang rakannya yang selalu dibelasah oleh kumpulan Botak yang boleh dikategorikan sebagai otai tempat tersebut. Jadi, bagaimanakah Daim menjalani kehidupan di pusat tersebut yang rata - rata penghuninya memang berkelakuan ganas dan samseng sedangkan Daim sebaliknya.

 

Jahat......Tanggang Ayu


Zaman dulu cite si tanggang ni anak laki.....skrg ank pompuan lak.... "Tanggang Ayu - di astro prima"


Sinopsis Tanggang Ayu
Drama ini mengisahkan kelahiran seorang bayi bernama Ayu pada ketika bapa kandungnya mati (ditembak kerana merompak) telah menyebabkan ibunya Marlia mengalami kesukaran membesarkan Ayu.  Namun Marlia berjanji untuk menjaganya dengan penuh kasih sayang. Keadaan ini menyebabkan orang kampung memandang serong dan Marlia terpaksa keluar dari kampung merantau ke tempat lain. Kemudian Marlia menemui sepasang suami isteri Tini dan Ramli tetapi sikap Ramli yang terlalu mengambil berat terhadap Marlia telah menimbulkan perasaan cemburu di hati Tini

Penduduk angkat mayat penceroboh kena tembak di Kg Seri Jaya Simunul

Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa

mayat penceroboh kg sri jaya simunul berita terkini lahad datu 4 mac 2013

Penduduk kampung mengusung mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar dari Kampung Seri Jaya, Simunul di sini, Isnin.  

Dalam kejadian Sabtu lepas enam anggota polis maut dan enam anggota kumpulan bersenjata turut terbunuh - foto BERNAMA


Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para penduduk sejak semalam


kejadian tembak menembak di kg simunul berita terkini lahad datu 4 mac 2013
Fakta Grafik : Kejadian Serangan di Kampung Sri Jaya pada Sabtu

ATM hantar 7 batalion




Dengar2 cite dari kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan sebanyak tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di negeri itu
"ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau – kata beliau dipetik dari akaun Twitter miliknya"


Polis buru tiga lelaki bersenjata


Pasukan polis menyisir di tepi pantai di Semporna untuk memburu lelaki bersenjata yang melarikan diri berikutan serangan hendap tiga hari lalu yang menyaksikan enam anggota polis dan enam lelaki bersenjata ditembak mati. 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah juga menentukan jenis senjata yang digunakan oleh lelaki bersenjata di Kg Simunul. 
Polis menganggarkan tidak lebih daripada 10 lelaki bersenjata terlibat dalam kejadian yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tandu Malaysia bekerjasama dengan angkatan tentera bagi berhadapan dengan kumpulan bersenjata Sulu yang melakukan pencerobohan di Kampung Tanduo.


Serangan Siber berlaku diantara penggodam Malaysia dan Filipina

Serangan siber dilaporkan berlaku antara penggodam Malaysia dan Filipina
Penggodam yang didakwa daripada kumpulan penggodam Malaysia dan Filipina, Anonymous menyerang laman-laman web di kedua-dua negara

Ia dipercayai merupakan serangan secara maya dilakukan oleh rakyat Malaysia, beberapa jam selepas insiden tembak-menembak yang berlaku antara polis dan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat.


Lahad Datu 4 Mac 2013

Senarai enam anggota polis yang terkorban di Semporna

Polis secara rasmi mengeluarkan senarai enam anggota polis yang ditembak mati di Semporna
Wira negara yang terkorban adalah
1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat


6 anggota polis terkorban di Semporna ini dinaikkan pangkat

Kesemua enam anggota polis yang maut dalam insiden serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di sebuah kampung di Semporna, Sabah dinaikkan pangkat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkara itu kepada beliau selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Supt Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, setibanya jenazah mereka di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang